Pilihan raya 2004 Tan_Lian_Hoe

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Parti Progresif Rakyat ingin bertanding di Negeri Perak. Selepas berunding dengan parti ahli Barisan Nasional lain, akhirnya mereka diberikan kawasan Parlimen Taiping dengan M. Kayveas sebagai calon. Namun kawasan ini pada asalnya ditandingi oleh Parti Gerakan. Sebagai ganti, UMNO "meminjamkan" kawasan Bukit Gantang yang merupakan kawasan Melayu kepada Parti Gerakan. Tan Lian Hoe dihantar mewakili Parti Gerakan untuk bertanding di sana dan beliau berhasil menang.

Namun selepas itu, UMNO menyuarakan hasrat untuk bertanding di Bukit Gantang sekali lagi. Tan Lian Hoe pula ingin bertanding di kawasan Taiping dalam pilihan raya umum seterusnya, namun Kayveas tegas ingin kekal di Taiping. Akhirnya Tan Lian Hoe diberikan buat sementara bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 kawasan parlimen Lenggong oleh UMNO Perak, satu kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Tetapi pada hari keesokannya, pihak UMNO berubah fikiran dan "meminjamkan" kawasan Gerik kepadanya. Kawasan ini juga kebanyakan pengundinya berbangsa Melayu. Tan Lian Hoe bertanding di sini dan sekali lagi menang.

Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Malaysia . Dalam rombakan kabinet, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan .